Halaman

Blog Title & Salam

widgeo.net





Sabtu, 10 Februari 2018

Cerita di sebalik cerita.....
Selps 20thn bnyk cerita terungkai......
Tak tahu apa nak kata..... Lidah dah kelu tiada kata2 terucap hnya airmata yg mengalir....
Kalau aku keseorangan mmg dah lama aku rebah..... Tapi syukur Alhamdulillah masih ada org yg memberi dorongan dan semangat.
Isteri, anak2, 3 org adik, bekas adik ipar serta keluarga dan sahabat2 XTMS86......
Terima kasih sahabat XTMS86 yg sudi menghulurkan sedikit bantuan kewangan.... Tapi aku hairan mana korang dpt no akauan bank aku.... Aku hnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatian kalian..... Mmg skg aku agak terdesak dlm segala hal..... TERIMA KASIH SAHABAT XTMS86 HNYA ALLAH SJA YG BOLEH MEMBALAS BUDI KALIAN.
Sekarang aku terpaksa berulang alik kerumah ayah. Waktu siang aku akan menjaga ayah sementara adik2 aku kerja.
Malam baru balik rumah. Tapi tak kisah demi ayah..... 
Sahabat XTMS86 kalian mmg terbest. Sebab kalian kenal siapa aku..... Terima  kasih sahabat XTMS86....

Jumaat, 26 Januari 2018

Assalamualaikum....
Cerita kelmarin 25/1/2018
Antara sedih dan gembira...
Satu berita sedih, sepupu aku koma di ICU HUSM kerana kanser dlm perut. Doktor masih belum dpt memastikan jenis kanser yg dihidapi sepupu aku. Ptg kelmarin pihak hospital telah berbincang ngan keluarga sepupu utk mengambil sample sel di leher utk mengenalpasti jenis kanser yg dihidapi oleh sepupu aku. Tapi utk pengambilan sample tu pun terpaksa menunggu hari isnin ni. Doa dan harapan aku agar sepupu aku akan sihat seperti sebelum ni.

Dalam kesedihan dapat pula berita gembira bercampur hiba. Bekas adik ipar aku (isteri arwah adik) yg tengah aku cari² selama 20 thn (dah 20 thn adik aku meninggal), mesej aku melalui FB memperkenalkan diri. Ya Allah.... Engkau dah makbulkan doa dan permintaan aku, utk mengentahui di mana bekas adik ipar aku dan anak²nya.

Ya Allah.... dalam kesedihan Kau berikan kegembiraan. Sesungguhnya perancanganMu adalah yg terbaik dan Engkau tidak pernah menghampakan hambamu.....

Buat bekas adik ipar aku dan anak² saudara aku.... abang/pak ngah sentiasa mengalu²kan kalian dlm keluarga abang/pak ngah. Walau apapun kita tetap keluarga dunia dan akhirat jangan hiraukan orang lain. Jangan malu atau takut dengan abang/pak ngah. Takut hanya kepada Allah.....

Jazakallah...... akhirnya pencarian dan penantian 20 thn terjawab.


Aamiiin

Jumaat, 5 Januari 2018




Rumah pusaka mak.
Banyak kerja yg perlu diuruskan di sini. Tak tahu mana nak mula dahulu. Semuga ALLAH S.W.T mempermudahkan kerja² aku ni nanti.

Hari ni 5-1-2018....
Seperti biasa setiap tahun pada tarikh ni, aku datang kesini, ziarah MAK.
MAK anak mu ni masih lagi tak dapat bagi jawaban kpd soalan yg MAK tanya 9 tahun dulu (5-1-20009).
Mungkin kejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, entah bila soalan tu akan terjawab. Tapi ank mu ni yakin jawaban utk soalan tu akan terjawab dlm tempoh yg terdekat....
MAK ank mu ni doakan agar MAK tenang di sana. Semuga ALLAH S.W.T sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas MAK.
AL-FATIHAH utk MAK.

Khamis, 4 Januari 2018

Esok 5hb. Januari, 2018.... Aku kena balik ziarah bonda utk menjawab soalan yg telah bonda aku tanya 9 tahun yg lalu (2hb. Januari, 2009). Yg pastinya aku masih belum tahu jawabannya.