Halaman

Blog Title & Salam

widgeo.net





Jumaat, 26 Januari 2018

Assalamualaikum....
Cerita kelmarin 25/1/2018
Antara sedih dan gembira...
Satu berita sedih, sepupu aku koma di ICU HUSM kerana kanser dlm perut. Doktor masih belum dpt memastikan jenis kanser yg dihidapi sepupu aku. Ptg kelmarin pihak hospital telah berbincang ngan keluarga sepupu utk mengambil sample sel di leher utk mengenalpasti jenis kanser yg dihidapi oleh sepupu aku. Tapi utk pengambilan sample tu pun terpaksa menunggu hari isnin ni. Doa dan harapan aku agar sepupu aku akan sihat seperti sebelum ni.

Dalam kesedihan dapat pula berita gembira bercampur hiba. Bekas adik ipar aku (isteri arwah adik) yg tengah aku cari² selama 20 thn (dah 20 thn adik aku meninggal), mesej aku melalui FB memperkenalkan diri. Ya Allah.... Engkau dah makbulkan doa dan permintaan aku, utk mengentahui di mana bekas adik ipar aku dan anak²nya.

Ya Allah.... dalam kesedihan Kau berikan kegembiraan. Sesungguhnya perancanganMu adalah yg terbaik dan Engkau tidak pernah menghampakan hambamu.....

Buat bekas adik ipar aku dan anak² saudara aku.... abang/pak ngah sentiasa mengalu²kan kalian dlm keluarga abang/pak ngah. Walau apapun kita tetap keluarga dunia dan akhirat jangan hiraukan orang lain. Jangan malu atau takut dengan abang/pak ngah. Takut hanya kepada Allah.....

Jazakallah...... akhirnya pencarian dan penantian 20 thn terjawab.


Aamiiin

Jumaat, 5 Januari 2018




Rumah pusaka mak.
Banyak kerja yg perlu diuruskan di sini. Tak tahu mana nak mula dahulu. Semuga ALLAH S.W.T mempermudahkan kerja² aku ni nanti.

Hari ni 5-1-2018....
Seperti biasa setiap tahun pada tarikh ni, aku datang kesini, ziarah MAK.
MAK anak mu ni masih lagi tak dapat bagi jawaban kpd soalan yg MAK tanya 9 tahun dulu (5-1-20009).
Mungkin kejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, entah bila soalan tu akan terjawab. Tapi ank mu ni yakin jawaban utk soalan tu akan terjawab dlm tempoh yg terdekat....
MAK ank mu ni doakan agar MAK tenang di sana. Semuga ALLAH S.W.T sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas MAK.
AL-FATIHAH utk MAK.

Khamis, 4 Januari 2018

Esok 5hb. Januari, 2018.... Aku kena balik ziarah bonda utk menjawab soalan yg telah bonda aku tanya 9 tahun yg lalu (2hb. Januari, 2009). Yg pastinya aku masih belum tahu jawabannya.