Halaman

Blog Title & Salam

widgeo.net





Khamis, 1 September 2011

Meronda lagi

Sehari sebelum Raya ari tu aku ronda-ronda kat Bandar Satelit Pasir Tumbuh, lihat-lihat bangunan kedai yg baru siap dibina kat situ. Aku lihat ada satu kedai yg membuat  promosi /iklan yg agak menarik. Walaupun di kedai tu belum ada papantanda tapi aku mengagak yg kedai tu mungkin farmasi memandangkan pada promosi yg dibuat oleh tuanpunya kedai tu......





Jangan lepas ni ada orang yg gatal-gatal nak buat aksi stunt sudah.......


Sesiapa yg suka makan murtabak bolehlah singgah kedai ni. Tapi Murtabak Raja ni bukanlah murtabak Raja Faizah yg sohor kat Kelantan tu, yg ni murtabak frozen keluaran muslim best. kedai ni terletak kira-kira 100 meter dari kedai yg aku pergi mula-mula tadi.


Tuanpunya kedai ni cakap, murtabak ni adalah utk pasaran antarabangsa, sekarang ni dah ada 2 negara yg membuat francis murtabak ni, kat Melbourne Australia 1 dan satu lagi kat London. Kat Melbourne murtabak ni dijual dengan harga RM48 manakala kat London dijual dengan harga RM50, di sini harganya RM16.


Ada lima jenis murtabak yg dijual
1- Daging Black Pepper 2- Ayam Black Pepper 3- Kari Ayam 4- Tuna Salsa Nenas 5- Ubi Kentang
Aku baru try Daging Black Pepper mmg sedap.


Kalau korang beli murtabak ni jangan pula  korang mintak air asam cam murtabak yg biasa dijual tu.......