Dah 9 ari umat Islam berpuasa tapi nilah pertama kali aku pergi ke Bazar Ramadhan Stadium Sul. Mohd 4. Tak seperti tahun-tahun sudah BRSSM4 tahun ni agak lenggang. Mungkin benarlah kata kekawan aku kenaikan harga barang menyebabkan perniagaan di Bazar Ramadhan di mana-mana pun agar suram. Jika tahun-tahun terdahulu antara jam 5.00 pm - 6.30 pm kat BRSSM4 ni memang penuh sesak dengan orang yang datang utk membeli juadah. Tapi tahun ni agak suram.
Juadah ni agak menarik minat aku. Penjualnya sepasang suamiister China Muslim yang berasal dari China (SiSuami adalah seorang pelajar kat UM Nilam Puri). Menurut akak yang berjual di meja bersebelahan pasangan ni, pasangan ni pada mulanya mengikuti rombongan pameran expo perdagangan Ching Ho yang pernah diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohd 4 tak lama dahulu. Oleh kerana pada masa expo tersebut berlangsung jualan makan halal tradisional cina mendapat sambutan penduduk tempatan di sini, jadi mereka mengambil kesempatan ni untuk memperkenalan beberapa juadah istimewa mereka. Hari ni mereka membuat makan ni. Aku cuba bertanya kepada pasangan tersebut apa nama juadah tersebut, oleh kerana komunikasi problem, (mereka kurang fasih berbahasa Malaysia dan English) akak yang disebelah menjawab "karipap cina". KARIPAP CINA?????
Cara membuat agak sama dengan cara membuat karipap.
Yang ini intinya. Sayur yang dicampur dengan daging kambing.
Cara memasaknya. Karipap direbus?
direbus sehingga masak.
Hasilnya selepas 10 minit direbus. Teringat aku kat makanan tradisi cina dumpling. Tapi dumpling dikukus yang ni direbus. Oleh kerana intinya daging kambing aku tak jadi membelinya sebab aku alegik dengan daging kambing.
Selepas puas pusing-pusing aku beli yang ni, serunding/sambal daging ori dari Kampung Laut.
Kenaikan harga barang menyebabkan peniagaan di Bazar Ramadhan tahun ni agak suram. Kalau dulu dua tapak bazar dibuka di kawasan Stadium Sultan Mohd 4, tapi tahun ni hanya satu tapak saja yang dibuka (yang berhampiran dengan Kelantan Trade Centre, manakala yang berhampiran dengan Hospital Kota Bharu tidak dibuka).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan