Halaman

Blog Title & Salam

widgeo.net





Ahad, 7 Ogos 2011

Nostalgia

DUNGUN TERENGGANU SELEPAS 31 TAHUN.

 

Buah getah.... Apa kaitannya dgn Dungun pulak.... Sebenarnya ini adalah salah satu permainan aku zaman bebudak dulu masa kat Dungun....Maklumlah 31 tahun dulu manalah ada lagi komputer ke, PS ke dan permainan elektronik yg seangkatan dgnnya. Jadi xtvt masa lapang aku nilah bebudak skg cakap permainan kampung. Buah getah ni dulu kalau aku nak cari terpaksalah aku berbasikal 7-8 km/4-5batu jauhnya. Biasanya aku pergi ke Bukit Chatok utk mencari buah ni. Pergi pagi, petang baru balik. 
 Balai Polis Dungun
Menurut kawan aku, balai ni skg dah jadi tempat/stor kenderaan yg disita/kes-kes polis.
Unit yg nampak tu aku ngan family aku pernah tinggal duduk kat situ. Dulu pagar tu kat tepi tempat pejalan kaki.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Unit ni pun aku ngan family aku pun pernah duduk juga maklumlah ayah aku dulu bukan anggota polis tetap dia cuma penjawat awam saja, jadi bila ada pegawai baru yg ditugaskan di balai ni(biasanya pegawai yg berpangkat Inspektor - sbb inspektor tak duduk kat berek) terpaksalah kami kenal berpindah ke unit lain sekiranya unit yg kami duduki tu dikehendaki oleh pegawai tu.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Jalan utama Kuala Dungun/Sura Gate.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Hentian bas Kuala Dungun. Tempat aku menaiki bas utk kesekolah. Besebelah hentian bas terdpt gerai-gerai menjual kerepok dan goreng pisang.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Tapak panggung wayang Happy.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Kuala Dungun.
Sungai tempat aku n the gang selalu mandi dan mencari kepah.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Kuala Dungun.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Kuala Dungun.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Jalan Pang5.
Jalan alternatif aku berbasikal ke sekolah.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Jalan Pang5.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Yang ni pun Jalan Pang5.
Tu bekas rumah kawan aku Syed Hakim.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Gelanggang tenis Dungun.
Masih kekal. Kalau dulu nak duit poket lebih, aku selalu dtg kat sini jadi budak pengutip bola dapat RM 0.50 sehari......hehehe
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Dulu ni kuaters Telekom M'sia. Member aku Aznizam ngan familynya pernah duduk sini.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Jalan Nibung.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Jalan Nibung.
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
Yang ni dulu menurut member aku tapak padang zink merah. Skg dah jadi Dataran Dungun?
Gambar ihsan Anahirumi B Abumikail.
 Bukit Tebuk.
Laluan keretapi bijih besi dari Bukit Besi.
Aku n the gang selalu juga bermain kat sini tapi masa tu terowong ni tak dijaga. Maklumlah selepas penutupan lombong bijih besi kat Bukit Besi kawasan ni terbiar cam tu saja, tapi skg ni nampak pihak yg bertanggungjawab dah membaikpulih dan memulihara terowong yg bersejarah ni.
Gambar ihsan syazwan safwan Alami Terengganuku.
Bukit Tebuk.
 Gambar ihsan syazwan safwan Alami Terengganuku.
Bukit Tebuk.
Dah nampak ok dah dgn jalan bertar. Masa aku selalu dtg dulu (31 thn dululah) selepas terowong ni tak digunakan amat menakutkan.

Tak sangka dah 31 tahun aku meninggalkan Dungun.

Tampalan yg terdapat dlm atikel ini adalah ihsan dari :
- Anahirumi B Abumikail
syazwan safwan Alami Terengganuku






1 ulasan: