Halaman

Blog Title & Salam

widgeo.net





Isnin, 8 Ogos 2011

Ronda-ronda sebelum berbuka

Kelmarin 08082011 aku dgn bapa saudara aku pergi ke pejabat kawan aku di Kota Bharu. Semasa aku keluar dari kereta, aku terpandang bangunan pejabat ni.
Kalau dipadang pada bangunan pejabat ni biasa je, tiada apa-apa yang istimewa pun, tapi bila terpandang pada papantanda company tu yang membuatkan aku terus capai HP aku dan snap imej ni. Tapi aku tak nak komen lebih-lebih takut nanti jadi isu sensitif pulak. Satu nama yang unik. klik imej utk pembesaran.
Balik dari Kota Bharu, aku pergi pulak ke Bazar Ramadhan kat Melor dengan motosikal burukku untuk membeli sedikit juadah berbuka, oleh kerana masa tu baru pukul 6.00 pm aku ambil keputusan untuk ronda-ronda dulu. Sesampai je aku kat Kuari Gunung, Gunung, Bachok aku mendongak ke langit dan terlihat pemandangan ni. Apa lagi aku berhentikan motosikal aku dan terus snap beberapa imej.


Selepas snap beberapa imej aku menyambung perjalanan pulang. Lebih kurang 1km dari tempat aku berhenti tadi, aku berhenti lagi di satu kawasan lapang di kaki Kuari tu dan aku snap beberapa lagi imej fanomena yang sama tapi di tempat yang berlainan.






Aku tunggu sehingga fanomena tu hilang dari pandangan mata ku. Sambil aku berkata dalam hati Ya Allah cantiknya ciptaan Mu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan